Bilangan Sekolah
RENDAH MENENGAH JUMLAH
7,655 2,189 9,844
TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.
Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.
Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.
Penasihat portal pendidikan Score A, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.
Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,�ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.
''Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet,� ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Menurut Sazarina, program Score A ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.
''Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan,� jelasnya.
Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.
Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.
''Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingkatan tiga. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif, katanya.
''Dengan mengikuti program Score A ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,'' jelasnya lagi.
Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
+ Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan
+ Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia
+ Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran
+ Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar
+ Menjimatkan masa
+ Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms
+Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia (300,000 soalan)
+Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR
+Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
+Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
+Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
+Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!
Usah berlengah lagi... sertai kami hari ini..
Capai kecemerlangan akademik di samping menjana pendapatan tambahan anda..
Sistem pembelajaran output bermaksud pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input.
Program Score A telah mendapat pengiktirafan oleh banyak pihak. Sukatan Mata Pelajaran Program Score A pula telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa di kemaskini mengikut sukatan pelajaran yang terkini.
LIPUTAN SILIBUS
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Tahun 1 -3 dalam Bahasa Inggeris)
4. Sains (Tahun 1 -3 dalam Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Geografi
5. Sejarah
6. Mathematics(Bahasa Inggeris)
7. Science (Bahasa Inggeris)
8. Kimia (Bahasa Inggeris)
9. Fizik (Bahasa Inggeris)
10.Biologi (Bahasa Inggeris)
11.Mathematics Tambahan(Bahasa Inggeris)
Sila layari, web www.scorea.com.my dan anda akan melihat skrin seperti di bawah terpampar dan selamat menfaatkannya untuk anak-anak anda!
Pembelajaran Output . Sebaik sahaja pelajaran input membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam matapelajaran yang di pelajari, dengan menggunakan eTopic para pelajar akan dapat menggunakan kaedah pembelajaran output.
Selepas anak anda membuat ulangkaji menggunakan eTopic, satu Laporan Terperinci akan di keluarkan mengandungi pilihan topik dan markah yang di perolehi dengan serta-merta! Anda dapat mengetahui dan menilai pencapaian anak anda terhadap sesuatu topik yang di perlajari.
Anak anda boleh juga mencuba latihan pada eAssesment yang juga mengandungi pelbagai topik dan tahap mengikut kesesuaian subjek.
Setelah anak anda selesai menjawab soalan-soalan di eAssesment, jawapan pemeriksaan serta merta akan tertera dengan menekankan butang ' Hantar' atau 'Submit' . Sekiranya jawapan yang di pilih adalah salah, pemeriksaan sertamerta akan memberitahu kesilapan yang telah di pilih, dan anak anda di kehendaki memilih jawapan yang lain.
Selesai menjawab ke semua 15 soalan, anak anda akan memperolehi Rekod Percubaan serta merta yang mengandungi tarikh, masa dan peratusan yang di perolehi! Sungguh mudah bukan ?
Selain itu anak anda juga berpeluang mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Soalan-soalan tahun lepas ini di sediakan khas untuk membantu anak anda mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya target untuk mencapai kecemerlangan 'A' tercapai!
Kesimpulannya, setelah anak anda selesai menggunakan kaedah pembelajaran dengan Score A, satu laporan akan anda perolehi dan lengkap menunjukkan tarikh, jenis latihan atau peperiksaan, subjek, topik dan juga markah yang di perolehi! Dengan eReport Card juga anda dapat memantau perkembangan pembelajaran anak anda dengan mudah!
Sekolah Wawasan, Subang jaya, selangor
oleh YB. Dato' Aziz Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Designed by EZwpthemes
Converted into Blogger Templates by Theme Craft